Ujian Mengapa Saya Merokok

Deskripsi ringkas:

Ujian ini membantu perokok mengenalpasti dirinya sendiri berdasarkan sebab mengapa dia merokok. Dengan mengetahui perkara ini, ia dapat memudahkan lagi usahanya untuk berhenti kerana perokok mengetahui keadaan-keadaan utama yang perlu diatasi sepanjang proses berhenti merokok.

Kebanyakan orang merokok atas sebab-sebab yang berbeza termasuklah faktor psikologi, tekanan sosial, tabiat dan ketagihan terhadap nikotin. Ujian yang mengandungi 21 soalan ringkas ini dapat membantu perokok mengenalpasti sebab-sebab merokok yang penting dan mencari jalan mengatasinya.

Anggaran masa diperlukan untuk melengkapkan ujian ini: 5 hingga 10 minit

Nama :
No. Kad Pengenalan : (contoh : 123456121234)
 
Bagi setiap soalan berikut, tandakan pilihan jawapan yang paling sesuai berdasarkan pada pengalaman anda.
 
  Perkara Pilihan Jawapan
Tidak Pernah Jarang Sekali-sekala Kebanyakan Masa Selalu
A Saya merokok untuk membantu mempercepatkan kerja yang saya lakukan.
B Memegang sebatang rokok adalah sebahagian daripada keseronokan merokok.
C Merokok adalah seronok dan menenangkan.
D Saya merokok apabila saya berasa marah tentang sesuatu.
E Apabila saya kehabisan rokok, saya rasa terseksa sehingga saya boleh mendapatkannya kembali.
F Saya merokok secara automatik, tanpa menyedarinya.
G Saya merokok apabila orang di sekeliling saya merokok.
H Saya merokok untuk menceriakan diri sendiri.
I Sebahagian daripada keseronokan merokok adalah semasa mula menyalakan rokok.
J Saya mendapat kepuasan daripada merokok.
K Apabila saya berasa resah atau kecewa, saya menyalakan rokok.
L Apabila saya tidak merokok, saya masih ingat tentang rokok.
M Saya akan menyalakan sebatang rokok yang lain sedangkan sebatang rokok lain yang telah saya hisap masih menyala di dalam mangkuk abu.
N Saya merokok bersama kawan-kawan ketika saya bersukaria.
O Semasa saya merokok, sebahagian daripada keseronokannya adalah melihat asap hembusan.
P Saya selalu menginginkan sebatang rokok ketika bertenang atau berehat.
Q Saya merokok apabila saya berasa sedih dan ingin berhenti memikirkan perkara yang merunsingkan saya.
R Saya menginginkan sebatang rokok apabila saya tidak merokok untuk seketika.
S Saya mendapati sebatang rokok di dalam mulut saya tanpa menyedari bila saya meletakkannya.
T Saya selalu merokok apabila saya keluar bersama kawan ke parti, bar dan lain-lain.
U Saya selalu merokok untuk menaikkan semangat.