Fagerstrom Test for Nicotine Dependence (FTND)

(Ujian Fagerstrom untuk menilai tahap ketagihan nikotin)

Deskripsi ringkas:

Ujian Fagerstrom Kebergantungan Terhadap Nikotin (Fagerstrom Test for Nicotine Dependence [FTND]) merupakan satu ujian yang paling meluas digunakan di seluruh dunia untuk mengukur tahap pergantungan fizikal (atau istilah mudah: ketagihan) terhadap nikotin (bahan utama dalam rokok/produk tembakau). Ujian ini terdiri daripada 6 soalan mudah yang perlu dijawab perokok untuk menilai tahap ketagihannya. Berikut adalah panduan asas yang boleh digunakan setelah membuat ujian ini.

Anggaran masa diperlukan untuk melengkapkan ujian ini: 2 hingga 5 minit

Nama :
No. Kad Pengenalan : (contoh : 123456121234)
 
Jawab soalan-soalan berikut:
1.
Berapa cepatkah anda menghisap rokok anda yang pertama selepas bangun dari tidur?
dalam masa 5 minit
6 hingga 30 minit
31 hingga 60 minit
selepas 60 minit
   
2.
Adakah anda menghadapi kesukaran menahan diri dari merokok di tempat-tempat yang dilarang merokok, contohnya di rumah ibadat, di perpustakaan,di panggung wayang dan sebagainya?
Ya
Tidak
   
3.
Menghisap rokok yang manakah yang paling sukar untuk anda tinggal?
Rokok pertama pada waktu pagi
Rokok pada waktu lain
   
4.
Berapa batang rokok yang anda hisap dalam sehari?
10 atau kurang
11 hingga 20
21 hingga 30
31 atau lebih
   
5.
Adakah anda lebih banyak merokok dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu-waktu lain sepanjang hari?
Ya
Tidak
   
6.
Adakah anda merokok walaupun anda sakit dan berada dalam keadaan di mana anda terpaksa berbaring di atas katil sepanjang hari?
Ya
Tidak