Skala Gejala Penarikan Wisconsin

Deskripsi ringkas:

Ujian ini juga dikenali sebagai Wisconsin Scale for Withdrawal Symptoms (WSWS). Ujian ini dapat membantu mengukur tahap keterukan gejala penarikan (withdrawal) yang mungkin dialami dalam proses berhenti merokok. Ujian ini telah dikaji dengan mengambilkira beberapa gejala penarikan nikotin yang utama.

Gejala penarikan sering menjadi penghalang yang boleh melemahkan semangat perokok untuk berhenti merokok. Ujian yang mengandungi 28 soalan ringkas ini dapat membantu perokok mengenal gejala penarikan pada dirinya seterusnya merancang tindakan mengatasi atau mengurangkannya.

Anggaran masa diperlukan untuk melengkapkan ujian ini: 5 hingga 10 minit

Nama :
No. Kad Pengenalan : (contoh : 123456121234)
 
Sila jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ”bagaimana perasaan anda” atau ”apa yang anda sedari”. (dalam tempoh 24jam yang lalu/dalam tempoh seminggu yang lepas). Jawapan anda mestilah berdasarkan pengalaman anda berhenti merokok.
 
Bil Perkara Skor
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Rasa Biasa Setuju Sangat Setuju
1 Makanan bukanlah sesuatu yang menarik minat saya.
2 Saya mendapat tidur yang nyenyak.
3 Saya telah merasa tertekan atau gelisah.
4 Tahap tumpuan saya adalah cemerlang.
5 Saya sering terjaga daripada tidur pada waktu malam.
6 Saya merasa tidak sabar kebelakangan ini.
7 Saya merasa riang dan positif.
8 Saya bimbang tentang masalah diri saya kebelakangan ini.
9 Saya sering merasa desakan untuk merokok.
10 Saya merasa tenang akhir - akhir ini.
11 Saya telah merasa terganggu dengan keinginan untuk merokok.
12 Saya telah merasa sedih atau murung.
13 Saya mudah merasa marah kebelakangan ini.
14 Saya merasa hendak mengunyah snek atau gula-gula.
15 Saya telah merasa terganggu dengan perasaan negatif seperti berang, kecewa dan mudah marah.
16 Saya makan dengan banyak kebelakangan ini.
17 Saya berpuas hati dengan tidur saya.
18 Saya telah merasa kecewa.
19 Saya telah merasa putus asa atau tidak bersemangat.
20 Akhir – akhir ini saya sentiasa terfikir untuk merokok.
21 Saya sering merasa lapar kebelakangan ini.
22 Saya rasa saya mendapat tidur yang cukup.
23 Sangat sukar untuk saya menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara.
24 Saya telah merasa gembira dan berpuas hati.
25 Tidur saya sentiasa terganggu kebelakangan ini.
26 Saya mempunyai masalah untuk melupakan rokok.
27 Sangat sukar untuk saya berfikir dengan jelas kebelakangan ini.
28 Saya sering terfikir tentang makanan.