Alat Bantu Membuat Keputusan Berhenti Merokok

Deskripsi ringkas:

Alat bantu ini terdiri daripada Jadual (2 x 2) Keseimbangan Keputusan yang boleh digunakan untuk membantu perokok membuat keputusan secara seimbang. Perokok perlu mengenalpasti kedua-dua kebaikan dan keburukan setiap keputusan yang akan diambilnya iaitu mengambil peluang dengan berhenti merokok atau tidak berubah dengan mengekalkan tabiat merokok. Perokok perlu memahami bahawa mereka mempunyai peluang untuk mengubah gaya hidup mereka dengan mempertimbangkan bahawa keputusan yang akan diambil mempunyai implikasi kepada nilai diri mereka pada masa hadapan. Jadual ini boleh diisi secara bersendirian atau diisi bersama dengan Pegawai Perkhidmatan Quitline semasa sesi-sesi yang akan ditetapkan.

Masa diperlukan untuk melengkapkan jadual ini: 5-10 minit (tertakluk kepada jumlah kebaikan dan keburukan yang dikenalpasti).

Arahan: Isikan jadual di bawah dengan memasukkan kebaikan dan keburukan berhenti merokok (ruang-ruang kosong baris pertama). Seterusnya isikan kebaikan dan keburukan kekal merokok (ruang-ruang kosong baris kedua). Nomborkan setiap kebaikan dan keburukan tersebut untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.

(Nota: Sekiranya tidak mahu isi di sini, jadual kosong boleh dimuat turun untuk dicetak. Klik disini untuk muat turun)

  Kebaikan Keburukan
(Mengambil peluang)
BERHENTI MEROKOK
(Tidak berubah)
KEKAL MEROKOK