Teruskan beri SOKONGAN

Usaha untuk berhenti merokok adalah perkara paling sukar dilakukan oleh seorang perokok. Tempoh "sukar" yang dilalui selepas berhenti mungkin seminggu, sebulan atau kadang kala menjangkau setahun.
     
Apabila mereka berjaya menahan diri dalam sesuatu tempoh tanpa merokok, raikanlah mereka seperti dengan makan malam bersama, memberi hadiah sebagai tanda menghargai tindakan mereka berhenti merokok.
       
Biar pasangan/rakan atau rakan anda tahu betapa bermakna kepada anda apabila mereka (perokok) tidak merokok lagi.