Sentiasa beri GALAKAN

Sentiasa beri dorongan kepada mereka untuk berhenti merokok walaupun ia suatu usaha yang kecil.
     
Nyatakan kepada mereka manfaat yang bakal diperolehi jika mereka berhenti merokok dan sentiasalah beri dorongan (khususnya selepas beberapa hari pertama berhenti merokok).
     
Anda boleh katakan ”Bagus! Anda sedang memikirkan tentang berhenti merokok” atau ”hari ini awak langsung tidak merokok dan ini sangat hebat!”