Ketahui Bahaya Asap Rokok Basi

Apakah asap rokok basi?

P

Asap rokok basi adalah asap rokok yang keluar dari hujung rokok yang dibakar dan ditambah dengan asap yang dihembus oleh perokok ke persekitaran

Tahukah Anda?
Jika anda menyedut asap rokok basi, anda seolah-olah menghisap sejumlah beberapa batang rokok dalam situasi-situasi berikut:
- 1 jam di dalam bilik bersama dengan seorang yang sedang merokok = 3 batang rokok
- 2 jam berada di ruang merokok di restoran = 1.5 batang rokok
- 8 jam berada di dalam kawasan pejabat yang membenarkan merokok = 1.6 batang rokok
- 24 jam berada dalam suasana pejabat yang membenarkan merokok = 6 batang rokok
- 2 jam dalam sebuah bar yang dipenuhi asap rokok = 4 batang rokok

Menurut Laporan US Surgeon-General 2010, terdapat lebih daripada 7000 bahan kimia dan sebatian kimia di dalam asap rokok di mana sekurang-kurangnya 250 daripadanya adalah berbahaya dan lebih 50 jenis telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser. Bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok termasuklah formaldehid (digunakan untuk mengawet mayat), cadmium (digunakan dalam membuat bateri), arsenic, karbon monoksida (terdapat dalam asap ekzos kenderaan), hydrogen sianida, ammonia, butane (digunakan dalam cecair pemetik api), dan toluene (terdapat dalam pelarut cat). Selain itu, kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati bahawa asap rokok mengandungi lebih banyak bahan-bahan beracun seperti nikotin, formaldehid, agen penyebab kanser dan benzena berbanding dengan asap utama yang disedut oleh perokok. Malahan asap ini lebih berbahaya kerana ia akan terapung di udara untuk beberapa lama. Selain itu, kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati bahawa asap rokok mengandungi lebih banyak bahan-bahan beracun seperti nikotin, formaldehid, agen penyebab kanser dan benzena berbanding dengan asap utama yang disedut oleh perokok. Malahan asap ini lebih berbahaya kerana ia akan terapung di udara untuk beberapa lama.

Apakah Bahaya menjadi menyedut asap rokok basi?

Menghidu asap rokok basi adalah sama bahayanya seperti menghisap rokok. Risiko mendapat penyakit adalah serupa dengan perokok. Tidak ada paras pendedahan yang selamat kepada asap rokok basi. Lebih daripada 600,000 orang mati setiap tahun akibat pendedahan kepada asap rokok basi. Pada orang dewasa, asap rokok basi boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular dan pernafasan yang serius termasuk masalah koronari jantung dan kanser paru-paru. Pada bayi pula, ianya boleh menyebab kematian mengejut manakala pada wanita hamil, ianya boleh menyebab kelahiran bayi yang mempunyai berat badan rendah. Ruang merokok berasingan atau bilik yang mempunyai sistem pengalih udara yang canggih TIDAK melindungi bukan perokok daripada bahaya asap rokok basi. Asap rokok basi akan tersebar daripada ruang merokok ke ruang larangan merokok walau pun pintu yang memisahkan kedua-dua ruang tersebut ditutup, dan sistem pengalih udara terbaik disediakan. Asap beracun ini juga akan melekat pada pakaian, makanan, langsir, sofa, karpet dan sebagainya yang terdapat di sekeliling perokok. HANYA persekitaran yang 100% bebas asap rokok sahaja berupaya memberikan perlindungan yang berkesan. Kira-kira 40% daripada semua kanak-kanak sentiasa terdedah kepada asap rokok basi di rumah. 31% daripada kematian akibat pendedahan kepada asap rokok basi berlaku pada kanak-kanak. Remaja yang terdedah kepada asap rokok basi di rumah akan 1.5 - 2 kali lebih berkemungkinan untuk mula merokok berbanding dengan remaja yang tidak terdedah.