Fakta yang perlu anda tahu

Tembakau adalah sumber utama nikotin yang merupakan sejenis dadah yang menagihkan.
 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tembakau membunuh hampir 6 juta orang setiap tahun di dunia di mana lebih daripada 5 juta adalah pengguna dan bekas pengguna tembakau manakala lebih daripada 600,000 lagi adalah bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok basi.
 
Tembakau juga merupakan penyebab utama kematian di seluruh dunia. Tembakau membunuh separuh daripada penggunanya.
 
Berdasarkan Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS), populasi perokok di Malaysia semakin meningkat.

Prevalens perokok di Malaysia adalah :

R1s
Data dari NHMS III , mendapati perokok lelaki mewakili hampir 50% daripada jumlah perokok di Malaysia
 
Tinjauan remaja global (GYTS)2003 dan 2009 mendapati, hampir 20% daripada perokok terdiri daripada golongan remaja dan nisbah remaja perempuan ke remaja lelaki adalah 1:4, bermaksud bagi setiap kumpulan 3 orang perokok remaja lelaki terdapat seorang perokok remaja perempuan.
 
Dianggarkan lebih kurang 100 juta kematian akibat penggunaan tembakau di abad ke 20 dan diramalkan dalam abad ke 21 angka ini akan meningkat kepada 1 billion kematian sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan.

Kadar kematian akibat tembakau :

Kadar kematian global, seorang setiap 5 saat.
Kadar kematian Malaysia, seorang setiap 1 jam.

Kadar kematian kumulatif akibat penggunaan tembakau banyak berlaku di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia dibanding negara-negara yang telah membangun.