Kaedah Bukan Farmakologikal

QUITLINE

Quitline adalah satu perkhidmatan Talian Berhenti Merokok yang boleh membantu perokok dalam menangani tabiat merokok. Anda akan menerima bantuan individu secara lisan melalui talian telefon dan bahan bercetak tentang berhenti merokok serta maklumat berkaitan. Melalui Quitline, anda akan diberikan tips untuk mengawal rasa ketagihan sewaktu di dalam proses berhenti

Cold Turkey

Melalui kaedah ini, perokok akan berhenti merokok secara tiba-tiba tanpa sebarang persediaan tertentu. Perokok perlu memilih satu tarikh tertentu dan langsung tidak merokok pada hari tersebut. Ini merupakan kaedah yang PALING BERKESAN dan popular dalam kalangan perokok yang ingin berhenti merokok.

Beransur-ansur

Melalui kaedah ini, anda boleh mengurangkan bilangan rokok yang dihisap dalam sehari sehingga anda tidak merokok langsung. Ini bermaksud, anda PERLU menetapkan tarikh untuk berhenti merokok tetapi tarikh itu MESTI tidak melebihi 4 minggu daripada tarikh anda mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap. Cuba lengahkan masa setiap kali anda cuba untuk merokok atau tangguhkan menghisap rokok yang pertama pada hari tersebut. Lama kelamaan, anda akan dapat mengharungi hari itu tanpa merokok. Kaedah ini akan dikatakan dapat mengurangkan kesan-kesan gejala penarikan yang mungkin anda rasai. Oleh itu, pada tarikh berhenti merokok, anda tidak akan mengalami kesan-kesan gejala penarikan yang teruk.