Alasan untuk anda berhenti merokok

Memang sukar untuk berhenti merokok, tetapi ia bukanlah sesuatu yang MUSTAHIL.
Selain perlukan motivasi diri yang kuat, perokok memerlukan dorongan seperti berikut yang boleh meningkatkan lagi motivasi untuk berhenti merokok. Sebab-sebab utama berikut boleh dijadikan alasan dan juga dorongan untuk anda berhenti merokok:-

Merokok adalah satu pembaziran
Jika anda adalah seorang perokok yang menghisap purata 20 batang rokok sehari (satu kotak), anda sebenarnya telah membakar wang anda sebanyak hampir RM3600 setahun!!!

Menghindari Racun
Asap rokok yang dihembus keluar akan dihidu oleh mereka yang berada di sekeliling perokok. Kesan buruk yang diterima adalah sama seperti yang dialami oleh seorang perokok.

Melindungi ahli keluarga dan orang lain
Asap rokok yang dihembus keluar akan dihidu oleh mereka yang berada di sekeliling perokok. Kesan buruk yang diterima adalah sama seperti yang dialami oleh seorang perokok.

Anak-anak lebih sihat
Kanak-kanak yang ibubapa mereka merokok, lebih menghidapi penyakit saluran pernafasan. Mereka juga mudah mengalami jangkitan pada mata, hidung dan tekak serta masalah pernafasan kronik seperti batuk berkahak.

Melindungi bayi dalam kandungan
Setiap sedutan rokok boleh menjejaskan kesihatan bayi di dalam kandungan. Karbon Monoksida (di dalam asap rokok) yang disedut oleh ibu akan menggantikan oksigen dalam darah dan hal ini akan menyebabkan bayi di dalam kandungan mengalami kekurangan oksigen. Merokok semasa mengandung boleh meningkatkan risiko berikut:
1) Bayi yang terdedah kepada asap rokok basi semasa di dalam kandungan berisiko untuk mendapat sindrom kematian mengejut 'Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)'

2)Keguguran
Bayi dilahirkan mati
Kompilasi semasa bersalin
Bayi yang dilahirkan akan kekurangan berat badan dan mudah dijangkiti serta mudah berhadapan dengan masalah kesihatan apabila dewasa.

Kelahiran pra-matang (sekurang-kurangnya 37 minggu)

Bayi yang dilahirkan mungkin sumbing atau juling.

Menjadi contoh kepada anak-anakcartoon-family-clip-art2

Anak-anak akan mengikut perilaku ibubapa. Mereka lebih cenderung untuk merokok sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka merokok.

Menjaga kesihatan

Perokok amat berisiko menghidap barah paru-paru, jangkitan pada saluran pernafasan, dan pelbagai jenis penyakit lain yang boleh mengancam nyawa akibat daripada bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam asap rokok.

Meningkatkan deria rasa dan bau
Bahan kimia yang ada dalam asap rokok boleh menjejaskan deria rasa dan bau dan menjadikan deria tersebut menjadi kurang sensitif. Oleh itu dengan berhenti merokok, anda dapat meningkatkan dan menikmati keselesaan hidup. dan pelbagai jenis penyakit lain yang boleh mengancam nyawa akibat daripada bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam asap rokok.

Membina personaliti yang menarik.
Selain menyebabkan nafas berbau, asap rokok juga boleh meninggalkan bau yang busuk pada pakaian dan rambut. Ia juga boleh menyebabkan gigi berkarat dan menjejaskan senyuman anda.

Mengelakkan pencemaran
Asap rokok menyumbang kepada pencemaran udara dan menjejaskan alam sekitar. Malahan, asap rokok adalah punca utama pencemaran udara di dalam rumah di seluruh dunia.